Skip to content

Jika diberi peluang, hajat apa yang anda ingin dikabulkan?

Setiap tahun, beribu orang mengunjungi Pulau Kusu untuk memohon kesejahteraan, kemakmuran dan ada juga yang meminta dianugerahkan zuriat.

Mereka menyampaikan hajat mereka di dua tempat ibadah yang tersohor, terutamanya kuil Da Bo Gong (Tua Pek Kong) dan tiga keramat yang terletak di atas bukit.

Selain warganegara Singapura, acara yang berlangsung selama tiga bulan itu juga menarik pengunjung-pengunjung dari negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Myanmar dan lain-lain lagi. Pada kemuncaknya di sekitar 1980an, lebih dari 100,000 orang mengunjungi pulau tersebut setiap tahun.

Island Nation menemuduga dua penjaga kuil dan keramat – yang telah bekerja di situ lebih daripada tiga puluh tahun – tentang pengalaman mereka bekerja di musim perayaan Pulau Kusu selama bertahun ini.

Ramai orang yang dikurniakan zuriat selepas beribadah di sini. Ada satu pasangan dari Burma yang datang pada tahun 2012. Pada tahun 2014, mereka kembali ke sini dengan membawa anak kembar lelaki mereka.

Hussein Bin Hashim, penjaga keramat Datok Gong

Apabila beribadah kepada Tuhan, lagi kita cuba mendalaminya, lagi baik. Ia dek lapan sang abadi yang melintas lautan. Ia akan membawa nasib yang baik.

Seet Seng Huat, penjaga kuil Da Bo Gong (Tua Pek Kong)

Back To Top