Marcus Ng dan Yu-mei Balasingchamchow merupakan kurator-kurator Balik Pulau: Kisah-Kisah dari Kepulauan Singapura yang dipamerkan di Museum Negara Singapura pada tahun 2014. Mereka berkongsi pendapat mereka tentang pameran tersebut dan juga fahaman yang lebih dalam tentang perhubungan Singapura dan pulau-pulau di bahagian selatannya.
Kongsi bersama kami matlamat pameran ini dan pengalaman anda daripada pameran ‘Balik Pulau’.
Yu-Mei Balasinghamchow (YM): Kebanyakan orang yang berpendapat bahawa Singapura hanya satu pulau yang terpencil. Jika dilihat di banyak peta, ia selalunya ditampakkan sebagai pulau terpencil. Ramai berpendapat bahawa Singapura sebuah bandar – bukan sebuah pulau. Kami cuba untuk menyuntik semula pandangan bahawa ada juga pulau-pulau yang menjadi batu loncatan antara kami dan Indonesia, kami dan Malaysia. Kami tidaklah begitu jauh daripada negara-negara ini.
Untuk orang ramai, mereka sering mengatakan “oh saya tidak tahu,” mengenai pulau-pulau tersebut. Mereka juga tidak tahu bahawa ada banyak pulau dan kelompok masyarakat di situ.
Marcus Ng (MN): Di kalangan masyarakat, apa yang saya dapati melalui sejarah oral tentang pulau-pulau mereka adalah identiti pulau yang sangat utuh. Mereka memanggil diri mereka sebagai Orang Bugis, Orang Seking atau Orang Sekijang. Hubungan keluarga dan sosial yang dijalinkan amat rapat. Mereka akan mengadakan perlumbaan kolek dan jong setiap tahun. Ia juga lebih senang bagi penduduk-penduduk pulau untuk berkahwin dengan penduduk pulau yang lain, berbanding dengan berkahwin dengan penduduk daripada pulau besar Singapura yang janggal tinggal di pulau-pulau sebegini.
YM: Dari segi penelitian pameran ini, cabarannya adalah mencari maklumat tentang pulau-pulau ini yakni ada yang anda tidak dapat mendapatkan apa-apa malkumat langsung. Pulau-pulau ini dikosongkan bertahun-tahun dahulu, seperti Pulau Semakau yang dikosongkan pada awal tahun 1970-an. Ada juga pulau-pulau yang tidak mempunyai penduduk langsung pada masa dahulu. Oleh sebab itu, tidak ada orang yang menulis apa-apa tentang pulau-pulau itu.
MN: Kami mahu orang ramai untuk menggambarkan Singapura sebagai sebuah negara berpulau, dan bukan sebuah negara pulau.
Awak fikir Singapura sebuah bandar – bukan sebuah pulau.
Yu-Mei Balasinghamchow, penulis
Mari kita tumpukan perhatian dengan lebih terperinci. Bagaimanakah awak mengistilahkan Kepulauan Selatan?
MN: Secara zahir dan politikal, mereka mewakili sempadan maritime negara yang paling selatan. Walaupun Singapura sebuah pulau, ia seakan-akan bukan sebuah pulau kerana mempunyai ramai penduduk dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan moden.
Apabila mengunjungi pulau-pulau itu, awak memasuki ruang di mana awak rasa terdedah. Awak dikelilingi unsur-unsur yang tidak dapat dikawal. Hanya dengan menjejak keluar, barulah awak dapat merasakan bahawa awak sememangnya menetap di sebuah negara pulau.

Pulau-pulau ini secara harfiah – sebenar-benarnya pedalaman bagi mereka dan tempat untuk mencari nafkah hidup.
Marcus Ng, seorang pengkaji bebas
Apakah hubungan antara Kepulauan Selatan dengan pulau besar Singapura?
MN: Saya ingin mengubah analogi lama bahawa Singapura tidak mempunyai daerah pedalaman. Sebaliknya, saya ingin menyatakan bahawa pulau-pulau ini mewakili daerah pedalaman Singapura. Jika awak melebarkan pandangan di persisiran pantai Pulau besar Singapura, awak akan mendapati bahawa lanskap Singapura amat bergantung kepada laut yang mengelilinginya – kepada penduduk-penduduk yang tinggal di pulau-pulau itu sehinggalah tahun 1970an.
Bagi mereka, mereka menguasai Selat Singapura sebelum Singapura merdeka malah juga seluruh nusantara Melayu. Pulau-pulau ini secara harfiah – sebenar-benarnya pedalaman bagi mereka dan tempat untuk mencari nafkah hidup. Ada juga hubungan yang melibatkan kekeluargaan, hubungan yang melibatkan sejarah silsilah yang berhubungan dengan kesultanan lama Riau-Johor. Ia merupakan sebuah ruang yang terbuka, sebuah lanskap di mana sempadan yang digaris sekarang tidak wujud pada masa itu.
Ada juga hubungan di antara satu pulau dengan pulau yang lain di selatan Singapura. Contohnya, Pulau Seking mempunyai masyarakat yang berwarna-warni pada tahun 1970an dan 1980an. Mereka berusaha untuk membezakan diri mereka sendiri. Terdapat penduduk Seking asal yang sudah lama menetap di Pulau itu sejak abad ke-19 atau lebih awal. Ada juga Orang Baru, mereka yang baru sahaja berpindah ke Pulau itu pada abad ke-20 – mereka bukanlah penduduk asal Pulau itu tetapi mereka orang Melayu.
Penduduk asal Pulau Seking mendakwa bahawa mereka keturunan daripada penduduk Pulau Penyengat, yang terletak di antara Batam dengan Bintan – dan mempunyai hubungan yang kuat dengan sultan-sultan lama Johor-Riau. Mereka juga turut mendakwa mempunyai kedaulatan terhadap sultan-sultan yang pernah memerintah kawasan tersebut seawal abad ke-16. Ini merupakan sesuatu yang kuat dikekalkan dalam tradisi oral dan budaya mereka.
Dari sudut pandangan sejarah, berapa pentingkah pulau-pulau ini dalam membentuk sejarah Singapura dan serantau?
MN: Seorang penjelajah Eropah, Jacque the Coutre pernah menulis pada tahun 1600an, semasa beilau mengembara menerusi selat Singapura lama, di mana beliau berjumpa ramai orang laut yang tinggal di sana. Mereka berada di bawah pemerintahan sultan-sultan Johor dan mungkin juga Sultan Melaka. Terdapat ramai orang laut sehinggalah mereka menjadi tentera laut Sultan di waktu peperangan dengan orang Portugis, Belanda dan Siam. Kawasan ini bukanlah suatu kawasan yang terbiar. Maka jelaslah bahawa kepulauan Selatan itu mempunyai ramai penduduk dan menjadi tempat yang amat terkenal di kalangan orang tempatan, meskipun kuasa Melaka menjadi lebih penting pada waktu itu.
Menurut pandangan orang Eropah – mereka yang mengembara di antara India dan Cina – pulau-pulau ini menjadi mercu tanda penting. Harap maklum bahawa selepas kepulauan selatan ini ialah Pulau Riau – yang beribu banyaknya lantas susah untuk memandu arah. Oleh itu, pulau-pulau Singapura menjadi mercu tanda maritim kerana kedudukannya di antara pulau besar Singapura dan daerah selat. Begitulah terlahirnya nama-nama seperti Seking dan Blakang Mati dalam peta-peta pada tahun 16 hingga 17 abad. Lihat sahajalah Peta Eredia tahun 1602 yang ditulis dalam bahasa Portugis.
YM: Jacque the Coutre menyarankan kepada kerajaan Portugis untuk membina satu kubu di Pulau Blakang Mati pada tahun 1600an kerana kedudukannya yang strategik. Ini membolehkan mereka untuk megawal kawasan Selat untuk melindungi kapal-kapal mereka. Sekiranya saranan itu diambil, sejarah Singapura mungkin akan diwarnai dengan sejarah Portugis.

Berkenaan dengan isu pemindahan penduduk, kelihatannya masa yang diberikan kepada penduduk mengenai rancangan pembangunan pulau itu amat singkat dan tidak tertentu. Kadangkala, rancangan mereka juga berubah.
Yu-Mei Balasinghamchow, penulis
MN: Pemindahan yang pertama berlaku di Pulau Semulun, yang juga terkandung dalam lagu lama Dondang Sayang. Pada awal tahun 1960an, pulau tersebut dibangunkan untuk menjadi sebuah limbungan kapal. Pada masa itu, pihak penguasa memindahkan para penduduk ke sebuah pulau yang terdekat dan menyediakan rumah-rumah baru.
Kemudiannya pada tahun 1960an dan 1970an, kawasan barat Singapura dibangunkan untuk menjadi sebuah kawasan perindustrian yang besar. Ia merupakan sebuah proses yang semakin lama semakin membinasakan. Pada waktu-waktu tertentu, satu demi satu pulau ditelan: Damar Laut, Ayer Merbau, Merlimau dan Ayer Chawan. Dari sudut pandangan ekonomi, ia merupakan satu langkah yang masuk akal. Misalnya, ia lebih selamat untuk menempatkan keluaran petrokimi dan keluaran lain yang berbahaya ke sebuah pulau. Tambahan lagi, ia terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian Jurong. Ia menjadi sebuah kawasan yang ideal bagi pihak perancang tanah.
Berkenaan dengan isu pemindahan penduduk, nampaknya masa yang diberikan kepada penduduk mengenai rancangan pembangunan pulau itu amat singkat dan tidak tertentu. Kadangkala, rancangan mereka juga berubah. Seperti contoh, pada tahun 1976, para penduduk Pulau Semakau diarahkan untuk berpindah dalam jangka setahun agar pulau itu dapat dibina menjadi sebuah perindustrian kapal. Namun pulau itu terbiar selama lebih 20 tahun. Menerusi temuduga bersama beberapa bekas penduduk pulau itu, mereka sering merintih: “Kenapa mereka perlu beritahu kami untuk berpindah daripada pulau itu?”
YM: Menerusi pameran kami, ramai juga orang yang amat tertarik dengan kandungan pameran kami dan apabila mengetahu tentang isu pemindahan penduduk, mereka bertanya: Mengapakah kita harus memindahkan para penduduk dengan cara sebegini? Mereka juga bertanya sekiranya perancangan bandar harus dijalankan dengan cara sebegini sehingga kini?
Lihat sahaja pada Rochor Centre; kita terpaksa merobohkan sebuah kampung untuk membangunkan rumah-rumah pangsa. Mereka melihat persamaan di antara cara para penduduk pulau diperlakukan dengan perkembangan yang menyusuli pemindahan tersebut – ada perkembangan positif, ada juga yang kurang dipercayai.
Ramai daripada mereka dipindah-randah di pulau besar Singapura – ada yang dipaksa ditempatkan semula. Saya berpendapat ramai orang – secara sedar atau tidak sedar – yang berasa kurang senang, apabila terdengar kisah seseorang itu yang terpaksa dipindah – sekiranya dari sebuah pulau ke pulau besar atau pemindahan kepada sebuah HDB yang kononnya sesuatu anjakkan taraf.
Pameran kami dengan tidak sengaja telah menyebabkan respons sedemikian. Namun kami berfikiran bahawa ia kerana cerita-cerita bekas penduduk tersebutlah membuat para pengunjung menanyakan soalan-soalan tersebut. Merekalah yang berada di barisan depan sewaktu projek-projek pembangunan berlaku pada tahun 1960an dan 1970an – perancangan, cara para penduduk dimanipulasikan dan cara penggunaan tanah dan laut. Dan ia masih lagi berlaku sehingga hari ini. Oleh demikian, orang ramai juga tertanya-tanya: adakah cara yang lebih baik unutk memerintah negara ini atau menjaga hal ehwal rakyat?
Perlukan penduduk-penduduk pulau ini dipindahkan sewenang-wenangnya?

Berapa bezakah keadaan pulau-pulau ini akan sekiranya awak yang merancangnya pada masa hadapan?
YM: Pulau itu menjadi cantik sekiranya kepulauan selatan itu dibiarkan menjadi sebuah kawasan beriadah, lebih terpulihara tanpa banyak pengubahsuaian yang dilakukan. Malangnya Pulau Sekijang Bendera dan Pualau Kusu telah diubah dengan proses penambakan – bina sesuatu di sana dan letakkan satu kolam pennyn.
Di bawah Perbadanan Pembangunan Sentosa, tugas mereka memerlukan mereka untuk mengubah sesuatu untuk menjadi lebih menarik bagi para pelancong. Kita tidak memerlukan satu lagi taman bertema di Singapura. Cukuplah dengan Sentosa. Pembangunan sesebuah tempat itu boleh berubah arah kepada sesuatu yang lebih naturalistik.
Sekarang ramai yang takut Pulau Ubin akan dijadikan sebuah taman. Taman-taman di Singapura cantik tetapi ia hanya buatan manusia. Orang ramai inginkan sesuatu yang lebih liar – bukan sebuah ruang di mana kita membawa haiwan peliharaan kita keluar atau berbasikal. Satu contohnya adalah Chek Jawa, di mana para pengunjung hanya boleh melihat kawasan tersebut dan tidak dibenarkan mengembara rentas pulau atau melakukan kegiatan berbasikal.
MN: Cara yang paling senang untuk merancang pulau-pulau itu adalah sebegini: setelah awak menjejakkan kaki ke dalam bot dan keluar mengembara, ia sebuah ruang luas. Ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dialami di pulau besar Singapura. Orang ramai suka dengan konsep ruang sebegitu, dan setelah mereka menemuinya, ia akan menjadi satu ketagihan bagi mereka.
Apa jua yang telah diubah dari sejak 1990an, pada masa ini, sekiranya awak ada rencana yang besar, yakni tidak kira samada untuk umum atau swasta yang ada kena mengena dengan pulau-pulau itu, ia merupakan respons dan juga pendapat orang umum tentangnya. Ia mungkin boleh menjadi sebuah ruang persaingan vokal antara pendapat-pendapat yang berbeza, berbanding dengan pada tahun 1990an di mana keputusan untuk pembangunan Pulau Seking buat masa hadapannya hanya berpihak kepada satu pihak sahaja. Sekurang-kurangnya keadaan mungkin tidak terlalu berpihak kepada satu pihak sahaja sekiranya terdapat inisiatif dan respons daripada orang ramai.
Cara yang paling mudah untuk merancang pulau-pulau ini adalah sebegini: setelah awak menjejakkan kaki ke dalam bot dan keluar mengembara, ia hanya sebuah ruang.
Marcus Ng, seorang pengkaji bebas
Dari atas: Sentosa (Pulau Blakang Mati), Pulau Brani, Pulau Semakau, Pulau Kusu
