Skip to content

Ketika para penduduk di Pulau Selatan dipindahkan pada akhir tahun 1970an, ada yang mempercayai bahawa terdapat penduduk yang masih menetap secara rahsia di salah sebuah pulau di situ.

Berdasarkan laporan-laporan akhbar,  Minah Bte Gap dan arwah suaminya, Rani Bin Omar merupakan salah satu pasangan yang terus menetap di Pulau Semakau selama beberapa dekad Sekarang ini, beliau berumur 90 tahun.

Setelah itu mereka tinggal di pondok buruk di tepi pantai yang digunakan oleh para pekerja daripada Kementerian Persekitaran. Di situ, mereka selamat dari sebarang elemen. Pondok itu mempunyai beberapa helai tuala dan baju serta beberapa lampu minyak tanah dan sebuah bangku lipat.

Walaupun mereka mempunyai rumah sewa satu bilik di Telok Blangah ketika mereka berpindah pada tahun 1977, Daud jarang pulang ke rumahnya. Dia telah bekerja dengan Kementerian Persekitaran di Pulau Semakau and telah melakukan kerja-kerja rencam di Pelabuhan Singapura (PSA). Untuk bayaran sebanyak $10, dia menolong memecahkan bot-bot yang telah rosak ataupun buruk-dengan membakarnya pada sesetengah waktu.

Para pekerja sedang memeriksa bot-bot dan tongkang-tongkah – mereka dipercayai berasal daripada Sungai Singapura – selepas pembakaran di pantai-pantai Pualu Semakau. Gambar: Geoffrey Benjamin, 1982.

Hati-hati kami sudah terpaut pada pulau ini. Kita tidak melakukan perkara yang sama di Singapura bukan?

Minah Bte Gap, bekas penduduk Pulau Semakau

Pada tahun 1989, Minah mengikutinya ke Pulau dan menetap di situ. Pada hari-hari yang baik, mereka akan menjual hasil tangkapan mereka kepada para penduduk di Pulau Seking. Kadang kala mereka akan berenang dan menyediakan hidangan-hidangan mudah seperti ikan dan nasi di atas dapur minyak tanah.

Dia mengatakan: “Hati-hati kami sudah terpaut pada pulau ini. Kita tidak melakukan hal yang sama di Singapura bukan?”

Walaupun mereka hidup bersendirian,tempat ini agak selamat. Terdapat satu kejadian yang diingatinya. Pernah sekali, empat orang pemuda dari Indonesia datang ke pulau itu dengan berbilah-bilah parang dan memksa agar enjin bot diserahkan kepada mereka. Dia mengatakan “Kalau kita tidak lawan, kita akan mati. Kalau kita lawan, kita akan mati juga.”

“Lebih baik kita lawan.”

Kalau kita tidak lawan, kita akan mati. Kalau kita lawan, kita akan mati juga.

Minah Bte Gap, bekas penduduk Pulau Semakau

Dia dan suaminya mengambil sebatang dayung setiap satu dan mereka bersedia untuk mempertahankan diri sendiri.Namun tanpa disangkanya, mereka telah mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu.

Kini, dia tinggal di rumah flat Telok Blangah. Suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Namun saat keputusan diambil untuk meninggalkan pulau itu tidak dapat dipastikan.

Anaknya, Daud Bin Rani, 63, mengenali orang tuanya dengan baik – dan pertautan mereka yang mendalam terhadap pulau dan laut itu. Ianya susah untuk memujuk mereka untuk meninggalkan Pulau Semakau ini, dia menambah.

“Jiwa laut,” bekas penduduk Pulau itu berkata yang bermaksud bahawa jiwa mereka suka akan laut yang terbuka. Mereka tidak pernah berjauhan dan pasangan suami isteri ini sering menuju ke laut bersama.

Bekas penduduk Pulau Semakau, Minah Bte Gap duduk di ruang tamu rumah satu biliknya di Telok Blangah. Dia telah menetap di flat yang sama sejak dipindahkan pada tahun 1977 – sekarang ini, dia tinggal bersama cucu-cucunya

Pada tahun 1963, seorang pemuda, Daud, merakamkan bahawa Singapura bersiap sedia untuk pilihan raya umum- ketika itu ia digelar sebagai Dewan Undangan Singapura.

Di Pulau Semakau, ketiak itu dia bersama ayahnya, para penduduk pulau mengumumkan kedatangan Perdana Menteri Lee Kuan Yew yang menziarahi pulau itu, Beliau dan para penyokongknya sedang berada di atas bot. “Para penduduk pulau menyandang beliau di atas bahu mereka dengan hati yang terbuka,” dia berkata, “kerana jeti tidak ada ketika itu.”

Penyanjungan daripada para penduduk pulau, terutamanya dari para nelayan, jelas tergambar kerana mereka ingin memastikan Lee tidak basah sehinggalah mereka sampai di pantai, dia berkata.

Hal ini bukan sahaja di Pulau Semakau. Nasib 5,236 orang pengundi ini bergantung kepada undian di kawasan pilihan raya di Pulau-pulau Selatan yang dikenali sebagai UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) yang berpengaruh ketika itu.

Hari pengundian merupakan satu saat penantian yang gementar bagi arwah bapa Daud, dia tidak membiarkan radio transistor yang kecil itu lepas dari sisinya sambing menunggu akan keputusannya dengan tidak sabar-sabar lagi.

“Ketika Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang, dia melompat-lompat seperti lelaki gila,” Daud berkata sambil ketawa.

Seperti ayahnya, kebanyakan penduduk pulau mengharapkan perubahan berdasarkan janji-janji yang dibuat oleh PAP sewaktu kempen pilihan raya, katanya. Perubahan-peruabahan ini termasuklah mengadakan kemudahan-kemudahan seperti pos polis, klinik komuniti, dan Sekolah Melayu. “Apa sahaja yang mereka telah janjikan, mereka telah tunaikan,” dia berkata.

Para penduduk pulau menyandang beliau (Lee Kuan Yew) di atas bahu mereka dengan hati yang terbuka kerana jeti tidak ada ketika itu.

Daud Bin Rani, bekas penduduk Pulau Semakau islander

Hal ini bukan hanya disebabkan politik. Kehidupan di pulau memang sesuatu yang istmewa buat Daud. Seperti penduduk-penduduk lain di Semakau, dahulu dia bersekolah di Sekolah Melayu Pulau Semakau pada akhir 1950an.

Pada peringkat sekolah menengah, mereka perlu mengambil peperiksaan masuk di sekolah Melayu Kampung Jaguh. Di situ dia akan berjumpa dengan para penduduk pulau lain yang berasal dar Pulau Sudong, Seking, Merlimau dan Seraya.

Walaupun dia berjaya memasuki Sekolah Menengah Yusuf Ishak, dia tidak bersambung belajar dan tamat pengajian di peringkat menengah dua sahaja. Pada waktu itu, peringkat pendidikan yang diraihnya telah memudahkannya dalam mencari pekerjaan. “Saya tidak sangka bahawa Singapura akan berubah dengan terlalu cepat,”katanya. Sudah lebih dari 3 dekad dia mengecat bangunan-bagunan untuk menyara kehidupannya.

Dia merakamkan cara kehidupan bagi para pemancing ikan di pulau itu. Pada sesetengah waktu, mereka akan pergi ke laut dengan menggunakan jaring dan kadang kala mereka akan menggunakan perangkap-perangkap ikan ataupun rod-rod ikan. “dengan cara ini, kehidupan kita akan terus berterusan dan tidak berhenti,” katanya.

Pada masa yang sama, dia teringat akan batu-batu karang yang cantik tetapi dia kesal kerana batu-baru karang itu rosak disebabkan penambakan tanah di pulau-pulau itu. Sekiranya pulau-pulau ini tidak diapa-apakan, ia mungkin akan menjadi destinasi pelancong bagi warga Singapura, tambahnya.

Pulau itu hampir kosong tanpa adanya rancangan-rancangan konkrit untuk pembangunan dari pertengahan tahun 1970 an kepada awal 1990an berdasarkan laporan-laporan di suratkhabat. Daud dan keluargnya dipindahkan dari Pulau Semakau pada tahun 1974.

Sekiranya pulau-pulau ini tidak diapa-apakan, ia mungkin akan menjadi destinasi pelancong bagi warga Singapura.

Daud Bin Rani, bekas penduduk Pulau Semakau islander

 

Back To Top