Bertentangan dengan anggapan popular, Singapura bukan satu pulau tetapi terdiri daripada lebih 60 buah pulau pada satu ketika. Walaupun kebanyakan penduduk pulau telah biasa dengan nama-nama dan sejarah pulau-pulau tersebut, ramai yang tinggal di pulau besar Singapura mungkin hanya mengenalinya buat kali pertama.
Pulau Bukom atau Bukum, terletak 6.5km dari Singapura di kawasan barat daya. Ia mengandungi depo tangki petroleum dan penapisan minyak yang pertama di Singapura. Menurut orang ramai, Pulau Bukom diberi namanya berdasarkan rankek bukom, sejenis lokan. Pernah seketika ia menjadi sumber minyak bagi negara-negara Timur. Malah pulau yang berukuran 1.45 km persegi ini merupakan sasaran Bukom Bombers yang pernah mengebom sebuah pusat penapisan minyak pada tahun 1974. Hari ini, Bukom merupakan tempat penapisan dan proses bahan kimia kepunyaan Shell. Ia juga mempunyai sebuah tempat tinggal seakan bandar kecil di Belanda yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan.

Pulau Sekijang Bendera (Pulau St John) ialah sebuah destinasi percutian yang tersohor disebabkan rumah-rumah banglonya. Terletak 6.5km dari selatan Singapura, pulau sebesar 39 hektar ini merupakan tapak perlabuhan Raffles sebelum beliau ke Singapura. Pada 1930an, ianya terkenal sebagai tempat kuarantin bagi mereka yang diserang penyakit yang menular. Selepas itu, ia menjadi pusat tahanan bagi banduan politik dan ketua-ketua kongsi gelap. Hari ini, kawasan timurnya akan dijadikan tempat tahanan bagi pendatang haram dan penagih dada sementara kawasan baratnya pula akan menempatkan Institut Pengkajian Sains Marin Topika dan Pusat Marin Akuakultur.
Pulau Lazarus mempunyai semua ciri-ciri pulau penginapan. Pulau ini terbiar dan masih lagi terdapat hutan rimba dan pantai yang tidak tercemar. Ianya terletak di antara Pulau Sekijang Bendera dan Pulau Kusu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Pulau Sekijang Pelepah. Tiada sebarang pembangunan di pulau ini. Ianya pula digabungkan dengan Pulau Sekijang Bendera melalui sebuah jembatan. Kerja-kerja penambakan telah dijalankan untuk menyatukan kawasan utaranya bersama Pulau Seringat. Ini telah melebarkan lagi kawasannya ke 47 hektar.
Pulau Seringat, yang terletak di kawasan selatan Sentosa, melalui kerja-kerja penambakan pada tahun 2000 hasil rancangan Lembaga Pelancongan Singapura untuk membangunkan kepulauan selatan Singapura. Penambakan itu telah menghubungkan Pulau Seringat bersama Pulau Lazarus dengan menghasilkan sebuah bendungan pasir lantas mujurlah sebuah tasik yang memperlihatkan lautan luas. Pulau tersebut yang sekarang merupakan lanjutan Pulau Lazarus mempunyai pantai sepanjang 800 meter. Beribu-ribu meter padu pasir telah diimport untuk membina sebuah pantai berbentuk sabit yang dikelilingi 1000 pokok kelapa.

Pulau Sudong ialah sebuah pulau batu karang sebesar 209 hektar di kawasan barat daya Singapura. Ia merupakan di antara pulau yang terakhir yang mempunyai populasi penduduk kampung. Sudong dinamakan berdasarkan bentuk pulaunya yang mirip sebuah tudung makan. Walaupun sebelumnya direncanakan untuk menjadi sebuah pulau rekreasi, ia kini menjadi sebuah kawasan khas untuk latihan tentera dan juga latihan-latihan menembak setelah digabungkan dengan Pulau Pawai dan Pulau Senang selepas penambakan yang melebarkan lagi kawasannya sebanyak 12.5 kali.

Pulau Blakang Mati, pulau yang terbesar di antara kepulauan selatan Singapura yakni sebesar lima kilometer persegi, pernah dijadikan sebagai sebuah kubu dan juga pangkalan tentera zaman jajahan Singapura. Namanya hasil daripada lagenda yang menceritakan kisah seorang Melayu yang dibunuh di belakang bukit di pulau tersebut. Hari ini, pulau ini lebih dikenali sebagai Sentosa yang merupakan sebuah tempat riadah yang besar yang menarik para pelancong dan juga warganegara yang mengunjunginya melalui jembatan, feri ataupun kereta kabel.

Pulau Brani terletak di kawasan barat daya Singapura berdekatan dengan Pelabuhan Keppel. Brani mendapat namanya daripada sebuah perigi yang terletak di atas bukit yang mempunyai air sakti. Pulau tersebut telah melalui pelbagai perubahan – daripada sebuah kampung Melayu ke sebuah pangkalan tentera darat dan laut hingga ke sebuah loji peleburan timah. Hari ini, lebih dari separuh daripada kawasan Brani mengandungi kontainer-kontainer dan lain-lain lagi kemudahan yang terdapat di sebuah pelabuhan. Ia juga mempunyai tambakan yang menyatukannya dengan pulau besar Singapura supaya operasi pelabuhan dapat dijalankan dengan lancar.

Pulau Senang pada mulanya ialah sebuah kawasan berbatu yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang terletak di Lautan Cina. Ia mempunyai tanah yang subur dan beberapa perigi air semulajadi. Pulau itu terletak 15 mil dari selatan Singapura dan sangat tersohor dengan eksperimen pembaharuan hukuman pada tahun 1960 yang telah gagal disebabkan sebuah rusuhan tiga tahun kemudian yang telah menyebabkan kematian Penjaga Penjara Daniel Stanley Dutton dan tiga penolongnya. Hari ini, ia dijadikan sebuah tempat latihan tentera bersama dengan Pulau Pawai dan Pulau Sudong.

Pulau Semakau merupakan sebuah kambus abu sampah. Ianya terletak 8km dari selatan Singapura dan luasnya sebesar 70 hektar. Asal usul namanya tidak dapat dipastikan tetapi semak ada membawa makna dalam Bahasa Melayu. Pernah satu ketika ia menjadi tempat tinggal penduduk-penduduk pulau tetapi telah pun diubah menjadi sebuah kawasan kambus abu sampah pada tahun 1999. Ini dilakukan dengan menggabungkan bahagain timur dan barat Pulau Seking dengan mendirikan sebuah benteng batu. Berlainan dengan pelupusan lain, Semakau bersih dan tidak berbau.

Kusu Island yang pada mulanya merupakan singkapan-singkapan di terumbu karang, sekarang telah berubah menjadi tempat penginapan sebesar 8.5 hektar. Ia terletak 5.6km dari arah barat daya Singapura dan menarik beribu-ribu para pengunjung setiap tahun. Menurut lagenda, seekor kura-kura ajaib bertukar menjadi sebuah pulau untuk menyelamatkan dua mangsa kapal karam – seorang Melayu dan Cina. Lantas, namanya Kusu iaitu kura-kura dalam bahasa Cina. Para penganut datang ke situ pada bulan lunar yang kesembilan untuk Hijrah Kusu yang diadakan setiap tahun untuk mendapatkan kesihatan, keamanan, kebahagiaan, tuah dan keuntungan.

Pulau Satumu ialah pulau yang terletak di kawasan paling selatan Singapura iaitu 23km dari pulau besarnya. Ia menempatkan rumah api Raffles berikutan Sir Stamford Raffles yang telah menjadi pengasas Singapura. Sejak ia dinyalakan pada tahun 1855, ia telah memberi amaran kepada kapal-kapal yang terlalu dekat dengan periaran cetek. Hanya para pekerjanya dan pengunjung yang mempunyai izin khas yang dibenarkan ke pulau itu. Olehsebab lokasinya, perairan berdekatan Singapura dapat dielakkan daripada pencemaran lantas mempu menampung habitat-habitat laut yang kaya.
