Agak susah untuk membayangkan arkib peribadi yang mengandungi 30 ribu slaid petikan gambar-gambar, sehingga seseorang itu memasuki ‘bilik mainan’ Dr Ivan Polunin.
Doktor kelahiran Inggeris itu tiba di Singapura pada tahun 1948. Beliau menghabiskan masanya mengajar mahasiswa bidang perubatan dan membuat kajian tentang penyakit-penyakit yang dialami oleh suku kaum rantau ini.
Dr Polunin yang amat meminati kehidupan seharian penduduk di rantau ini, telah mencatat kehidupan seharian penduduk di Asia Tenggara melalui petikan gambar dan rakaman video.
Dr Polunin yang amat meminati kehidupan seharian penduduk di rantau ini, telah mencatat kehidupan seharian penduduk di Asia Tenggara melalui petikan gambar dan rakaman video.
Fail demi fail gambar-gambar telah diatur rapi dan disimpan di dalam laci. Apabila diperiksa dengan teliti, kebanyakan gambar-gambar ini mempunyai keterangan pendek, yang memberikan perincian tentang tarikh dan tempat di mana gambar-gambar itu diambil. Penemuan ‘harta karun’ inilah yang membangkitkan semangat pasukan kami untuk mencari kisah-kisah berharga yang telah hanyut dalam sejarah kita.
Di antara tahun 1950an dengan 1970an, Dr Polunin telah ke Pulau Sudong, Pulau Kusu dan kepulauan lain di selatan Singapura untuk menyaksikan sendiri kehidupan di pulau, sebagai seorang juru videografi BBC dan penyumbang artikel bagi majalah National Geographic.
Gambar-gambar ini menjadi bukti satu era yang telah ditelan zaman. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Singapura pada tahun 2010. Terima Kasih, Dr Polunin.













