Skip to content

Di Pulau Bukom, masjid yang terletak di bahagian paling hujung selatan Singapura dibuka untuk lebih daripada 300 pekerja mendirikan solat Jumaat berjemaah.

Pada tahun 1950an, terdapat sebuah masjid di kawasan barat pulau itu, di seberang Pulau Ular menurut Juhari Sakom, 49, yang telah dilahirkan dan dibesarkan di pulau itu.

Beliau menambah bahawa pulau itu pernah menjadi tempat strategis. “Ia merupakan tempat persinggahan bagi penduduk Pulau Sudong atau Pulau Seking, untuk bekerja ataupun untuk mendirikan solat terutamanya solat Jumaat berjemaah,” katanya. Masjid itu telahpun dirobohkan tetapi beliau tidak pasti bila.

Pekerja-pekerja Shell dan lain-lain lagi membawa diri mereka ke masjid Pulau Bukom untuk mendirikan solat Jumaat berjemaah. Kini, masjid itu – lima minit dari jeti – merupakan satu-satunya masjid yang masih beroperasi di kepulauan Singapura.

Setiap hari Jumaat pada waktu tengahari, Juhari dan kawannnya, Mohamed Arsad Salim, 59, akan tiba lebih awal di Masjid Bukom dari kawasan kerja mereka dalam pakaian overalls. Kedua-duanya bekerja dengan gergasi minyak tanah petroleum, Shell. Kini, masjid itu – 5 minit dari jeti – adalah satu-satunya masjid yang masih beroperasi di kawasan kepulauan Singapura.

Ia merupakan tempat persinggahan bagi penduduk Pulau Sudong atau Pulau Seking, untuk bekerja ataupun untuk mendirikan solat terutamanya solat Jumaat berjemaah.

Juhari Sakom bekerja untuk Shell dan dilahirkan di Pulau Bukom

Kedua-duanya Arsad (kiri) dan Jauhari (kanan) merupakan ahli persatuan Masjid Pulau Bukom. Mereka secara sukarela meluangkan masa untuk memastikan pengurusan masjid berjalan lancar. Mohamed Arsad dilantik sebagai presiden persatuan itu pada tahun 1980an apabila bekas presidennya dialihtugaskan ke Pulau Seraya. Walaupun jabatan presiden masjid itu telah beberapa kali diambil alih, Mohamed Arsad telah memegang jawatan itu selama 10 tahun dan hingga hari ini merupakan satu-satunya ahli yang diiktiraf Majilis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk memimpin Solat Jumaat.

Arsad, pembaca khutbah dan sekaligus imam solat, akan tukar ke pakaian tradisional sambil membaca notanya di mimbar di mana dia akan membaca khutbahnya nanti. Selalunya, beliau akan menerima text khutbah itu dari MUIS sebelum waktu senja pada hari Rabu. Dia mengambil masa untuk meneliti dengan tekun text itu dahulu supaya dapat menyampaikan khutbahnya dengan baik.

Sebagai presiden dan juga seorang yang telahpun bekerja di pulau itu selama empat puluh tahun, beliau bersyukur kerana ada tempat untuk mendirikan solat berjemaah dan juga untuk berkumpul sambil merasakan semangat gotong-royong. Pada bulan puasa, bubur akan diagihkan kepada semua orang untuk berbuka.

Masjid itu menyediakan ruang untuk sebanyak 300 orang bagi mendirikan solat Jumaat. Ia untuk kegunaan pekerja-pekerja Muslim dari Shell dan juga warganegara Indonesia, Bangladesh serta pelawat-pelawat dari negara-negara teluk. Tayangan secara langsung disediakan supaya Jemaah-jemaah yang berada di luar sempadan iktikaf dapat turut menyaksikan Mohamed Arsad menyampaikan khutbah.

Setelah solat Jumaat selesai, Mohamed Arsad bersalaman dengan seramai mungkin jemaah untuk mengucap selamat tinggal dan berterima kasih kepada mereka.

Sementara itu, Juhari memakai sarung kaki dan kemudiannya sepatunya sebelum pulang ke tempat kerja. Di kamar salin pakaian, Mohamed Arsad tukar ke pakaian overall dan mengisytiharkan bahawa tugasnya telah selesai – sampai minggu hadapan.

Beliau menambah bahawa tidak seperti masjid-masjid di pulau besar, masjid pulau itu tidak menjalankan banyak kegiatan lain. “Apabila kerja sudah selesai, ramai yang ingin langsung pulang ke rumah,” katanya.

Apabila kerja sudah selesai, ramai yang ingin langsung pulang ke rumah.

Mohamed Arsad, presiden persatuan Masjid Pulau Bukom

Back To Top