Penjaga kuil Da Bo Gong (Tua Pek Kong) di Pulau Kusu – hanya 20 minit dari Singapura melalui bot – berdiri bersebelahan anak tangga yang menuju ke kawasan suci kuil itu. Matanya terpaku pada jeti yang berdekatan.
Ia adalah permulaan bulan kesembilan dalam kalender lunar Cina, lantas beribu penganutnya akan mengunjungi kuil pulau itu untuk menohon keberkatan daripada Tua Pek Kong (Dewa Kemakmuran) dan Guan Yin (Dewi yang memberi Rahmat).
Di dalam kuil, penjaganya Seet Seng Huat berhenti seketika dan mengangguk kepalanya kepada sekumpulan lelaki yang sedang berkerumun di relau yang terletak di halaman kawasan itu. Ketiga-tiga lelaki itu, berlengan panjang dan berpelitup – hinggakan hanya kelihatan mata mereka sahaja – untuk melindungi diri daripada bahang api dan asapnya, sambil menghulurkan bantuan membakar kertas colok penganut-penganut lain yang membalas mereka dengan dermaan kecil.
Dia datang sini setiap musim, dan menetap agak lama di sini setiap kali dia kemari.
Seet Seng Huat, penjaga kuil Tua Pek Kong
Kepulan asap tebal keluar dari cerobong sempit relau itu. Tumpukan pemohonan-pemohonan yang tebal disalurkan dengan cepat. Sementara dua lelaki bertukar giliran untuk mengumpulkan kertas-kertas colok untuk dibuang ke dalam rejau, lelaki yang ketiga – kemungkinan yang tertua – duduk di kermis.
“Dia datang setiap musim,” kata Seng Huat, “dan menetap agak lama setiap kali dia kemari.” Dia menambah, “Saya rasa anda patut berbual bersamanya.”
“Sudah lebih 60 tahun sejak saya mula bekerja di sini,” Mustari Dimu yang berumur 91 tahun, bekas penduduk Pulau Lazarus berkata. Setiap tahun sejak itu, Mustari telah pulang ke Kusu selama sebulan lamanya – melestarikan tradisi keluarganya dan juga persahabatan akrabnya bersama Seet Hock Seng, arwah bapa Seng Huat, bekas penjaga kuil itu.
Pada tahun 1940an, bapa Hock Seng seringkali mengunjungi Pulau Lazarus dari Pulau Kusu. Mujurlah dia berkenalan bersama bapa Mustari. Selain itu, ibu Hock Seng gemar bermain Chap Cheki – sebuah permainan kad seakan Gin Rummy yang popular di kalangan Baba dan Nyonya pada waktu itu – bersama ibu Mustari.
Olehkerana beliau memerlukan pertolongan pada bulan kesembilan kalender lunar, bapa Hock Seng meminta bantuan bapa Mustari untuk kerja di kuil. Beliau setuju lalu bekerja bersama adik-beradik lelakinya.
Mustari yang masih kecil pada waktu itu akan mengikuti bapanya ke kuil itu. Apabila kedua-dua pakciknnya meninggal dunia, beliau membuat keputusan untuk melestarikan tradisi ini. Maka, tidaklah menjadi hairan bahawa yang lagi dua lelaki muda tadi ialah anaknya, Sardon Mustari, 65 dan cucunya, Hazwari Abdul Wahid, 23.
“Apabila pakcik-pakcik saya meninggal dunia, saya terpaksa menolong bapa saya kerana kekurangan kakitangan,” kata Sardon. Setakat ini, beliau telah membantu bapanya hampir 30 tahun. Bagi Hazwari, dia pun ingin membantu bapanya sementara menunggu gilirannya menyertai pasukan polis.
Pada zaman itu, kuil ini hanya dekililingi air dan tidak ada apa-apa lagi.
Mustari Dimu, telah bekerja di Pulau Kusu selama 60 tahun
“Pada zaman itu, kuil ini hanya dekililingi air dan tidak ada apa-apa lagi,” katanya sambil mengamati kawasan sekitarannya, membuat perbandingan masa lalu dan sekarang. Kita juga maklum bahawa ia dapat menampung lebih daripada 22,000 penganut dalam satu hujung minggu tambahnya.
Pada waktu itu, membakar kertas jolok bukanlah sesuatu yang tidak disetujui penduduk Muslim Pulau Lazarus. Mustari berkata kerjanya hanya untuk membakar kertas colok. Beliau menambah: “Ini cara mereka dan kami hormatinya.”
Kalau bukan kerana tradisi, ianya demi persahabatannya dengan seseorang yang beliau telah membesar bersama. “Masalah dia adalah masalah saya, dan masalah saya adalah masalahnya,” beliau menceritakan tentang Hock Seng yang telah meninggal dunia hampir 30 tahun yang lalu.
Hari ini, beliau akan menantikan panggilan pada awal September daripada Seng Huat setiap tahun. Dengan segera, Mustari mengemas pakaiannya, menyiapkan makanan ringan seperti teh, gula dan biskut untuk menetap di situ selama sebulan – beliau tidak pulang. Malah, terdapat sebuah peti khas di kuil itu untuk dirinya.
“Sebenarnya, saya hanya duduk dan tidak buat apa-apa,” katanya sambil tertawa. “Kebanyakan kerjanya dilakukan anak dan cucu saya.”
Pangangkutan dan makanan disediakan oleh kuil itu. Pada waktu malam, beliau senang hati menikmati angin dari laut. Anak dan cucunya akan tidur ataupun cuba memancing. “Hidup di Singapura, awak tidak dapat menikmati ini dan sebaliknya awak perlukan sesuatu yang lain yang berlebihan,” katanya sambil menggosok-gosok jari telunjuk dan ibu jarinya bersama.
“Saya akan datang lagi tahun hadapan sekiranya kesihatan saya mengizinkan,” Mustari berkata. Anak-anaknya sangat memahami kehendaknya untuk melestarikan tradisi ini dan juga persahabatannya – selagi beliau masih sihat. Malah, mereka memerhatikan bahawa beliau semakin sihat setiap kali beliau ke situ selama sebulan.
“Udaranya berbeza.”







