Skip to content

Penduduk Pulau Bukom sudah serasi dengan syarikat petrol shell. Firma tersebut telah lama menjejak di pulau itu sejak tahun 1891. Shell telah membuka syarikat penapisan minyak yang pertama di Singapura pada tahun 1961. Hingga sekarang, syarikat penapisan minyak di Pulau Bukom merupakan Syarikat penapisan minyak terbesar Shell dalam dunia.

Para penduduk yang kami temuduga dari Pulau Sudong, Seking atau Semakau samada mempunyai ahli keluarga atau sahabat handai yang bekerja sebagai buruh – lantas untuk sebahagian daripada mereka, kerja sebagai nelayan bukan lagi satu-satunya mata pencarian meteka.

Leng Ng Tai, yang telah bekerja di Shell di Pulau Bukom sejak 1969, telah melihat perubahan yang ketara pada pulau itu. Beliau berkongsi pengalaman bekerja dan berdiam di pulau perindustrian tersebut.

Leng Ng-Tai telah bekerja dan berdiam di Pulau Bukom lebih dari 45 tahun bersama Shell, syarikat minyak tanah dan gas yang termasyur. Di dalam gambar ini, dia berdiri di hadapan kolam renang yang tersohor, yang sekarang tidak lagi digunakan, yang memandang laut – setelah menetap di situ hampir sedekad lamanya. Anaknya juga bekerja untuk Shell di Pulau Bukom. Mereka pergi ke kerja bersama dalam perjalanan yang mengambil sejam – mula-mulanya dengan kereta untuk ke jeti, dan kemudiannya melintas lautan dengan feri yang disediakan Shell.

Selain daripada Leng, ada juga pekerja lain seperti Ahmadi Bin Mukasan yang telah dilahirkan dan membesar di Pulau Bukom. Beliau lebih dikenali sebagai Madi atau Fireman 18 di pulau itu.

Bapanya yang berasal daripada Banyumas di Java, bermastautin ke Pulau Bukom Besar untuk mencari kehidupan yang lebih selesa. Pulau tersebut kemudian digabungkan dengan Pulau Bukom Kechil untuk menjadi Pulau Bukom.
Bapa Madi menjadi tukang bersih di panggung wayang terbuka di mana beliau dapat menonton bintang-bintang filem seperti P Ramlee dan Saloma.

Setelah Shell meluaskan syarikatnya di pulau tersebut, keluarga Madi bersama keluarga yang lain dipindahkan ke rumah kampong di Kaki Bukit pada tahun 1961. “Pada asalnya, kami tidak mahu berpindah” kata Madi.

Ironisnya, beliau hanya dapat pekerjaan sebagai seorang ahli bomba di Pulau Bukom setelah berpindah daripada pulau itu. Beliau sekeluarga kemudian berpindah ke kuarters – yang juga dikenali sebagai rumah putih. Sementara itu, rumah merah menempatkan para pegawai, jurutera, doktor, dan pegawai-pegawai berpangkat tinggi.

Saya hanya ingat mati.

Ahmadi Bin Mukasan, apabila menempuh kebakaran di Pulau Bukom pada tahun 1989

Ancaman kebakaran di pulau itu menjadi realiti bagi Madi. Pada awal pagi tanggal 21 Februari 1989, beliau menempuh api yang membuak – setinggi 10 tingkat menurutnya – di syarikat penapisan minyak.

“Saya hanya ingat mati,” ujar Madi ketika jaketnya tersangkut di kereta bomba apabila pasukannya membuat keputusan untuk beredar daripada tempat kebakaran tersebut. 6 rakan sepasukannya yang lain telah pun meninggalkan tempat kejadian.

Mujurlah, entah bagaimana, beliau berjaya menyelamatkan dirinya dan hanya kelecuran pada kedua-dua belah tangannya. Gambarnya terbaring di atas tandu dan diusung masuk ke dalam ambulans tercetak di surat khabar Berita Harian sehari kemudian.

Madi sekeluarga akhirnya meninggalkan Pulau Bukom pada tahun 90an dan seperti ramai yang lain, mereka meninggalkan banyak kenangan di pulau itu.

Baru-baru ini, beberapa bekas penduduk pulau tersebut menganjurkan sebuah acara bertajuk Bukom Kenangan Manis di Institusi Pendidikan Teknikal Kolej Timur pada Ogos 2014. Lebih daripada 300 orang yang menghadiri acara tersebut – ada dalam kalangan mereka yang tidak bersua muka selama lebih 50 tahun.

Tiga generasi merangkumi anak-anak serta cucu-cucu mereka menghadiri acara petang itu yang penuh bernostalgia. Mereka disambut dengan gambar-gambar berbingkai kotak yang boleh dibeli ketika mereka melalui pintu masuk acara tersebut. Anda hanya perlu menandakan G17 atau J15 bagi gambar-gambar yang ingin dibeli. Kemudiannya, salinan gambar-gambar tersebut akan disediakan untuk dibawa pulang.

Pada akhirnya, apa yang tinggal bagi bekas penduduk-penduduk pulau itu hanyalah bingkisan-bingkisan gambar.

Back To Top