
Cahaya petang menyinari kawasan perkampungan. Para penduduk pulau, yang muda mahupun yang tua bersiar-siar pada waktu petang untuk menikmati kesegaran udara di samping pemandangan yang sangat luas. Kehidupan di bandar raya jauh dari minda para penduduk kampung ini. Sekiranya ungkapan-ungkapan ini tidak dapat anda banyangkan, maka gambar-gambar Pulau Seking pada tahun 1982 yang dipetik oleh Geoffrey Benjamin mungkin boleh membantu meningkatkan daya imaginasi anda.
Ahli-ahli antropologi, Geoffrey Benjamin dan Vivienne Wee menemui Pulau Seking secara tidak sengaja. Ada yang menggelarkan sebagai serendipity.
Ketika dia sedang mengerjakan tesis kedoktorannya, Kerja lapangannya telah membawanya ke kepulauan Riau. Di situ, orang-orang berkongsi tentang ahli keluarga mereka di pulau itu yang besarnya 500 dengan 200 meter.
Mereka berdua mendapat tahu bahawa Pulau Seking, yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Selatan telah didiami oleh sebahagian besar dari para penutur Bahasa Melayu, Orang Selat, dan mereka juga secara kolektif merupakan sebahagian daripada Orang Laut. Sebagai salah satu daripada penduduk asli di Singapura, telah terbukti bahawa mereka merupakan merupakan jalinan terakhir yang terikat dengan Singapura sebelum kedatangan Raffles.
Mereka sering membuat lawatan ke pulau itu, untuk kajian mereka- kadang kala sampai selama 10 hari mereka tidur in balai raya pulau tersebut. Gambar-gambar yang dipetik oleh Geoffrey adalah bukti ketika mereka berada di pulau itu.
Mereka bertemu dan bercakap dengan sebahagian dari kalangan penduduk pulau termasuk Penghulu Pulau Seking Mohamed Yatim Bin Akib. Di kebanyakan kepulauan, seorang penghulu dikenali sebagai ketua kampung.


Isteri Penghulu Pulau Seking, Saniah Bte Ali sedang duduk di ruang tamu bersama anak-anaknya Rahimah dan Kamal, dan isterinya. Mereka tinggal di flat West Coast ini sejak mereka ditempatkan semula dari Pulau Seking pada tahun 1994.
Di pulau, saya mempunyai kebebasan, saya boleh berjalan mana-mana di pulau itu.
Saniah Bte Ali, isteri penghulu Pulau Seking


















