Jika anda berjalan di Taman West Coast pada hujung minggu, anda pasti akan menemui bekas penduduk-penduduk Pulau Sudong. Mereka berkumpul di pesisiran pantai untuk mengenang semula cara kehidupan mereka pada masa lalu sambil bermesra dengan teman-teman lama.
Walaupun telah berpuluh tahun meninggalkan Pulau Sudong, mereka tetap merindukan kehidupan pulau yang masih segar dalam ingatan mereka. Di Taman West Coast, mereka hanya mampu mengimbas kembali kenangan – kenangan lalu dan berpuas hati sekadar berada di samping pantai.
Malangnya, kami terpaksa tinggalkan kampong kami, tempat tinggal kami dan tempat kelahiran kami. Walaubagaimanapun, kalau dilihat secara positif, saya rasa inilah pengorbanan kita.
Rosli Manan, bekas penduduk Pulau Sudong
—
Bekas penduduk-penduduk Pulau Sudong, Rosli Bin Manan, 51, dan ibunya Hitam Bte Gongjeng, 75, berdiri di paya bakau di deretan pantai West Coast, seakan dengan yang berderetan pulau di mana mereka pernah menetap. Di sini, mereka dapat berjumpa dengan bekas penduduk dari Pulau Sudong dan juga Pulau Semakau. Mereka berkumpul untuk sama-sama mengenang kembali kehidupan di pulau-pulau tersebut. Mereka dipindahkan pada akhir tahun 1970an.
Salah seorang daripada bekas penduduk Pulau Sudong yang tertua, Hitam Bte Gongjeng, atau lebih dikenali sebagai Nenek Hitam, berkongsi pengalaman-pengalaman yang tidak dapat dilupakan di pulau itu.
Walaupun sekarang kami tinggal di pulau besar, kenangan-kenangan lama tetap kekal di ingatan hingga hari ini.
Halimah Bte Daud, bekas penduduk Pulau Sudong
Para penduduk pulau-pulau tersebut pernah mempunyai peraduan di antara pulau-pulau. Ia dikenali sebagai Festival 5s di antara para penduduk dari berbagai pulau terutamanya Pulau Sekijang, Pulau Sudong, Pulau Semakau, Pulau Seking dan Pulau Seraya.







