Pada tahun 1950, Teo Yen Teck dipanggil oleh pakciknya yang menguruskan merupakan pengurus sebuah kedai runcit milik keluarganya yang terletak sederet Jalan Cross. Anak muda ini telah menyelesaikan kursus simpan kira dan kemahirannya diperlukan di tempat lain.
Pakcik saya bertanya sekiranya saya boleh ke Pulau Sekijang Pelepas (Pulau Lazarus) untuk membantu rakan saya Thiam Seng, yang menguruskan satu-satunya kedai runcit di pulau itu. Thiam Seng mempunyai masalah menyimpan buku-bukunya kerana dia buta huruf.
Pada tahun 1950, Ah Teck, nama timangannya sesama penduduk pulau, berpindah keluar dari pulau ini untuk memulakan hide baru.
Antara tahun 1950 dan 1955, Ah Teck menjadi muka yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk pulau itu. Ah Teck selalu memancing ikan di perairan Indonesia pada waktu luangnya, di mana lebih 30 orang akan menyelam dengan serawan jala yang besar untuk menangkap ikan. Ah Teck juga akan membawa sebarang kamera yang tersedia ada untuknya pada waktu itu. Seni foto menjadi satu cara hidup buatnya.
Dalam jangka 5 tahun itu, Ah Teck akan merakamkan kehidupan kanak-kanak di pulau itu, acara perkahwinan baagnya dan ekspedisi memancingnya yang tidak terkira, melalui kameranya. Beliau menjadi seorang jurugambar secara tidak sengaja, dan akan mencetak dan menyimpan gambar-gambar yang diambil di dalam album foto. Apabila ditanyakan tentang kandungan gambar-gambar itu, matanya akan terus bersinar dengan semangat, dan beliau akan menyingkap kembali penduduk dan tempat-tempat yang sempat dirakam di dalam gambar-gambarnya.
Pada tahun 1955, Ah Teck meninggalkan Pulau Sekijang Pelepah untuk memulakan perniagaan runcitnya di Pulau Seking (kini menjadi sebahagian daripada Pulau Semakau), di mana beliau akan terus tinggal buat 40 tahun kemudian. Pada tahun 1994, pemerintah Singapura mengerahkan para penduduk untuk meninggalkan pulau tersebut untuk pembinaan kawasan kambus sampah pertama di persisiran Singapura.

























