Lama sebelum Singapura menjadi satu destinasi pelancongan sedunia, Pulau Sekijang Pelepah telah menjadi tempat tarikan pelancong pada tahun 1960an dan 1970an. Kanak-kanak akan berdiri sepanjang jeti untuk menyambut para tetamu 2 kali sehari, sekaligus memberikan para pengunjung pengalaman yang jelas unik di pulau itu.
THE LAZARUS GIRLS

Jamilah Bte Mohd Taib

Sukarseh Bte Sumery

Jamaliah Bte Jamahat

Aspalila Bte Rahmat

Noor Aisha Bte Mustari

Suzana Bte Rahmat
Mereka juga pasti akan memberitahu para pelancong satu maklumat penting yang belum dipastikan: Pulau Sekijang Pelepah mempunyai 44 buah rumah dan dihuni 400 orang.
Berbekalkan dengan penguasaan bahasa Inggeris yang asas, Lazarus Girls, nama gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri, akan memperkenalkan pelbagai mercu tanda di pulau itu: rumah penghulu kampung, perigi, sebuah klinik awam, dan tempat perkuburan. Mereka juga pasti akan memberitahu para pelancong satu maklumat penting yang belum dipastikan: Pulau Sekijang Pelepah mempunyai 44 buah rumah dan dihuni 400 orang.

Saripah Maimunah

Kamariah Bte Yaacob

Siti Fatimah Bte Salleh
Kedatangan para pelancong juga memberi peluang bagi kanak-kanak lelaki untuk mendapat wang saku lebih. Ramai di antara mereka akan terjun ke dalam perairan dan berterusan meminta para pelancong untuk mencampakkan duit syiling kepada mereka.
Kemudian mereka akan muncul di permukaan air, dengan duit syiling yang dicampakkan tadi berada dalam genggaman mulut mereka. Ini tentu sekali telah menghiburkan hati para pelancong.
Kini, kanak-kanak itu tidak lagi menyambut para pengunjung – mereka semua telah berpindah ke tanah besar Singapura pada pertengahan tahun 1970an.
Namun Pulau Sekijang masih mempunyai daya tarikan yang tersendiri – pantainya yang bersih masih terus dapat menarik perhatian para penggemar pantai, dan menjadi tempat perhentian bagi kapal-kapal layar.


