Apabila disebut tentang aktiviti memancing, para penduduk Pulau Selatan adalah yang paling arif tentangnya. Pada zaman dahulu, aktiviti memancing bukan sahaja sumber rezeki tetapi juga merupakan sebuah gaya hidup. Selain daripada menggunakan batang kail dan jaring, mereka juga telah menggunakan sebuah perangkap tertentu yang dikenali sebagai Bubu untuk menangkap ikan.
Sekarang ini, ada sebahagian kecil daripada masyarakat kaum lelaki yang masih ke laut setiap hujung minggu, sambil membawa perangkap-perangkap ikan ini. Bagi mereka, memancing bukan sekadar suatu aktiviti, malah telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka.
Pembuatan Bubu dibuat di pulau utama. Beberapa orang nelayan akan pergi ke laut dan meletakkan bubu ke dasar laut. Perangkap-perangkap ikan ini hanya boleh didapati dan dibuat di pulau-pulau Selatan. Tonton video di bawah ini untuk melihat keadaan di bawah laut.
Memandangkan saya merupakan anak laut suatu ketika dahulu, bagaimana pun keadaannya, saya perlu keluar ke laut.
Madi Bin Sidi, bekas penduduk Pulau Sudong
Kami berasa gembira bila kami ke laut. Minda kami jelas dan bebas dari segala macam gangguan.
Latif Bin Hashim, bekas penduduk dan nelayan di Pulau Sudong.














