Sewaktu saya membesar di Pulau Seringat – ada menggelarkannya sebagai Pulau Rengit – saya mengingatinya sebagai sebuah tempat tanpa pohon pokok-pokok – hanya sebidang tanah bersama Masjid kecil yang dikelilingi 15 buah rumah. Sudah adat berjiran – rumah-rumah kami-Along, Jabak, Sudin, selepas itu baru rumah kami – dibina atas panggung, terletaknya bersebelah-belahan menghadap laut.
Sekarang ini, setiap satu dari mereka telah meninggal dunia. Yang tinggal, hanyalah saya seorang.
Ramai yang mengenali saya sebagai Nenek Tijah. Nama saya Tijah Bte Awang. Sekarang ini saya dengar bahawa pulau kita dihubungkan dengan Pulau Lazarus, ataupun yang lebih dikenali oleh kita, para penduduk pulau, sebagai Pulau Sekijang Pelepah.
Saya ingat pada tahun 1930, pulau kami tidak selamat. Pihak berkuasa khuatir sekiranya pulau itu akan ditenggelami air laut ketika air pasang ataupun ribut.
Bila air naik dengan cepat, rumah-rumah kami hanyut ke laut. Jiran-jiran kami terpaksa meninggalkan tempat itu dan berpindah ke Pulau Lazarus.
Saya tidak ingat dengan tepat bila kami telah meninggalkan Pulau Seringat. Saya mungkin berumur belasan tahun ketika keluarga kami kekal berpindah ke Pulau Lazarus. Itu adalah rumah bagi kami.
Sekarang ini, setiap satu dari mereka telah meninggal dunia. Yang tinggal, hanyalah saya seorang.
Tijah Bte Awang, bekas penduduk Pulau Seringat dan Pulau Sekijang Pelepah
Walaupun hidup kadang susah, kita tetap ada laut. Pada waktu itu, semua orang bekerja sebagai seorang nelayan. Tidak banyak yang kita boleh buat sebagai penduduk pulau.
Tijah Bte Awang, penduduk dari Pulau Seringat ke Pulau Lazarus
Tinggal di Pulau Lazarus berbeza kalau hendak dibandingkan dengan kemudahan-kemudahan yang kita ada hari ini.
Walaupun hidup kadang-kadang susah, kita tetap ada laut. Pada waktu itu, semua orang bekerja sebagai seorang nelayan. Tidak banyak yang kita boleh buat sebagai penduduk pulau.
Kita boleh menternak ayam dan kadang kala membeli beras dari pulau utama ataupun dari kedai runcit yang dipanggil Thiam Seng oleh semua orang – sempena nama pemilik kedai itu.
Apa pun yang boleh dimakan, kita akan makan.
Untuk mendapatkan air yang segar, kita akan ke Pulau Brani dengan sebuat bot. Pulau Kusu juga adalah sumber air segar.
Walaupun banyak keluarga yang tinggal berdekatan dengan satu sama lain, tidak ada pergaduhan yang didapati di kawasan persekitarannya dan mereka telah belajar untuk hidup berharmoni.
Akhirnya kami terpaksa meninggalkna pulau itu pada tahun 1975.
Saya khuatir. Bagaimana harus saya mencari kerja dan menanggung kehidupan keluarga saya di pulau utama? Apa yang harus kita makan?
Saya ingat anak-anak saya memberitahu saya: “Kami sudah dewasa, jadi kamu tidak perlu risau. Semua orang meninggalkan pulau itu, bukan hanya kami Mak.”
Hal ini bukanlah perkara yang mudah dan saya ingat bahawa saya menangis ketika meninggalkan pulau itu. Saya kesal kerana tidak dapat mati di pulau itu seperti orang tua saya.
Kami dilahirkan di situ – dan kami mahu mati di situ juga.

Dalam gambar ini, sepasang adik beradik, Mustari Dimu dan Yacob Dibu sedang mengumpulkan batu-batu karang untuk dijual kepada para pendatang di Pulau Kusu. Tanpa diketahui, kami telah menunjukkan gambar ini kepada isteri Yacob, Tijah ketika wawancara dijalankan. Walaupun sudah hampir 60 tahun, dia tetap mengenali suaminya dengan serta merta. Memandangkan keluarganya tidak pernah mengambil gambar Yacob, hal ini adalah pertama kali anaknya Kamariah dapat melihat raut muka arwah ayahnya yang telah meninggal dunia ketika dia masih seorang bayi.
Kami dilahirkan di situ – dan kami mahu mati di situ juga.
Tijah Bte Awang, penduduk dari Pulau Seringat ke Pulau Lazarus
